RAWK

RAWK
This Is It

Wednesday, 3 April 2013

Hidup.


Assalamualaikum semua ;')
Dah terlalu lama aku tak update blog ni. Macam macam dah berlaku dalam hidup aku lepas aku sambung study. Aku ingat masa sekolah je benda ni semua ni jadi. Tapi aku salah, masa kolej sekarang ni pun masih lagi. hmmmm. Macam macam dugaan yang aku dah aku lalui semenjak aku masuk kolej. Aku kenal erti dunia luar, aku kenal erti persahabatan dan aku kenal jugak apa itu erti kawan ! 
Bercakap memang mudah, tapi untuk kita buat apa yang kita cakap. Memang sangat susah.. Aku cuba untuk jadi apa yang aku dah hajat kan tapi masih belum dapat lagi. Aku tak tahu sampai bila aku nak jadi macam ni. Mungkin aku dah betul betul ada dekat bawah, baru aku nak berubah kot.. hmmm :( 
Aku hanya memikirkan diri sendiri, aku tak pernah nak fikirkan perasaan orang lain. Aku selalu lakukan sesuatu benda hanya ikut hati aku je. Tapi hati orang lain aku tak pernah fikir. Memang sakit kalau kita kena pada diri kita sendiri. Aku akan cuba untuk ubah cara hidup aku ni dan untuk kali ni. 
Aku cuba untuk jadi setia pada yang satu. Aku akan cuba sedaya upaya aku. Aku harap sangat. Aku tak sanggup nak sakitkan hati orang lagi. Aku tak sanggup nak tengok orang sedih lagi hanya sebab perangai aku yang bodoh ni !!! :( 
Maafkan saya, awak. 
Mungkin awak boleh cari lelaki yang lebih baik dari saya. Saya ni bukan lelaki yang baik seperti awak sangkakan. Saya taknak seksa hidup awak lagi. Setiap hari awak tunggu saya, awak nak saya sentiasa ada dengan awak, awak nak saya happykan hidup awak, awak nak saya macam dulu tapi saya selalu bagi alasan, saya mengelak untuk text awak, saya cuba jauhkan diri daripada awak. 
Awakk, saya takda niat untuk buat semua tu dekat awak. Ada somethng yang awak tak tahu dan saya tak sanggup nak bagi tahu dekat awak. Mungkin belum masanya lagi untuk saya bagitahu awak. Maafkan saya lagi awak :( Awak terlalu baik dan saya selalu sakitkan hati awak. Ye awak, saya memang jahat. hmmm.