RAWK

RAWK
This Is It

Friday 18 November 2011

SPM !

Dah lama aku tak update blog ni , rasa rindu pulak . hahha . 
Banyak jugak la cerita yang dah berlaku , tapi aku tak tau nak explain dekat dalam ni macam mana . hahaha . 
Cerita yang paling latest sekali ni , sekarang ni aku tgh exam SPM . Setakat ni , semua paper yang aku jawab boleh tahan senang jugak la . Boleh la aku buat semua dgn jayanya . XD 

Aku rasa ni la first time aku jawab paper yang besar dekat dalam dewan . Sebelum ni PMR dekat dalam kelas je . Tak de la seram sangat . Masa malam sebelum SPM tu , aku boleh pulak demam an , mmg best la kan . Macam macam ubat la aku makan . Nasib baik la esuknya okay , okay sikit la . Lepastu , datang sekolah macam biasa . Masa tgh beratur tu , perut aku boleh pulak buat hal . Aduhh ! Nak pergi membuang takut lambat lak nnt nak masuk dewan . So , aku tahan je la dengan hati yang tak tenteram . hmmm . Then , aku masuk la dewan . Perhh , hati ni dia punya dupdap kencang gila tu . Macam nak pecah pun ada jugak . #okay yg tu tipu sikit . hahaha . Dah duduk je dekat kerusi keramat aku tu , aku baca macam macam ayat yang aku tau . Aku belasah je , nak hilangkan gemuruh tu la kan , aku minum air , tgk2 luar , nasib baik la tempat aku tu dekat tepi tingkap . Tak la boring sangat . Lepastu , tgk muka mmber semua , aduh... macam tak bermaya je aku tgk . Aku pun diam je la . Nasib baik la masa tu , sakit perut aku tu dah hilang . Lega sikit hati ni . Dah settle semua hal tu , Pengawas SPM tu bagi kertas . Masa tu , aku baca je la ayat ayat . Tepat je pukul 8.00 pagi kitaorang semua di benar kan menjawab . Nasib baik la , soalan Bahasa Melayu 1 ni tak berapa susah sangat . Paper 2 mula petang  pukul 2.00 petang , so aku balik la jap . Ayah aku amik . Balik , makan makan , sembahyang thn baca buku . Allhamdulillah ,  apa yang aku baca last minutes tu masuk pulak dekat dalam paper Bahasa Melayu 2 tu . Aku bersyukur gila . hahha . Happy kot masa tu . 

Sekarang dah 4 paper yang dah aku jawab , tinggal lagi 5 paper je . Aku habis 6/12 , tu last paper aku . Paper LK (Lukisan Kejuteraan) . Paper ni aku target A , tapi kalau dapat A+ alhamdulillah lah . :) Kepada kawan kawan yang mengenali aku , doakan la aku semoga aku dapat result yang cemerlang k , tapi yang tak kenal nak doakan jugak pun boleh , teramat di alu alu kan . hahhaa . Salam . :)